Malangnya dakwah Nabi Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya
pada ketika itu. Pelbagai cara telah digunakan oleh Nabi Nuh tetapi
hanya kurang seratus orang yg benar benar mempercayai Nabi Nuh. Dan
kesemua mereka yang mempercayai kata kata Nabi Nuh itu merupakan
golongan fakir miskin dan berkedudukan rendah. Sedangkan umatnya yang
lain yang kaya raya, berkedudukan tinggi dan pangkat langsung tidak
mengendahkan dakwah Nabi Nuh malahan terus menerus menyembah patung
patung berhala mereka. Mereka turut bersekongkol untuk menggagalkan
dakwah Nabi Nuh AS.
Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja golongan kaya raya yang
tidak mempercayai Nabi Nuh, tetapi keluarga Nabi sendiri juga tidak
mempercayai kata kata Nabi Nuh. Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah
kepada umatnya untuk menyembah Allah swt. Hanya benar benar sedikit yang
bertakwa. 950 tahun bukanlah masa yang singkat kawan kawan. Dalam zaman
sekarang, memang tidak ada manusia yang mampu hidup selama itu. Paling
lama pun 120 tahun. Itu pun berapa orang sahaja. Berbalik kepada cerita,
setelah melihat hanya benar benar sedikit yang bertakwa, Nabi Nuh telah
mengadu kepada Allah swt :
“Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku dan telah
mengikuti orang yang harta dan anaknya tidak menambah kepadanya
melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar.” –
Surah Nuh ( Ayat 21 – 22 )
Harapan Nabi Nuh untuk menyedarkan umatnya semakin lama semakin berkurang. Maka berkata lagi Nabi kepada Allah swt :
“Ya Allah, janganlah engkau biarkan satu pun daripada orang
orang kafir itu tinggal di atas bumi ini. Sesungguhnya jika Engkau
biarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba hambaMu dan
mereka tidak akan melahirkan anak selain yang akan membuat perkara
maksiat lagi sangat kafir.” – Surah Nuh, ayat 26 – 27.
Dan doa baginda dikabulkan Allah swt dan mereka itu akan dikenakan hukuman mati tenggelam.
Setelah Nabi Nuh menerima perintah Allah untuk membina bahtera,
segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera
tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya,
Bahtera itu dibina agak jauh daripada kota dan mereka yang tidak
bertakwa. Akan tetapi meskipun Nabi cuba menyembunyikannya, masih ada
segelintir yang mengetahuinya dan telah mengejek Nabi dan pengikutnya
malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di
atas bukit.
Setelah selesai pembinaan bahtera tersebut, Nabi telah menerima
wahyu Allah untuk mengumpulkan para pengikutnya di dalam bahtera
tersebut. Allah bukan sahaja memerintahkan Nabi Nuh untuk mengumpulkan
pengikutnya, malahan haiwan dan beberapa jenis tumbuhan turut dikumpul
di dalam bahtera.
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi, air yang
sangat deras yang memenuhi setiap inci bumi tanpa sedikit pun yang tidak
terkena air kecuali bahtera yang dibina Nabi Nuh yang langsung tidak
dimasuki air. Saat itu, kesemua mereka yang tidak bertakwa sedang hanyut
dibawa air, bertarung dengan maut. Dan sekilas itu Nabi Nuh terlihat
akan putera sulungnya dan keluarganya lalu kerana rasa kasih dan cinta
terhadap keluarganya Nabi telah memanggil mereka untuk menaiki bahtera
tetapi malangnya akibat kesombongan dan hasutan Syaitan, langsung mereka
tidak endahkan ajakan Nabi Nuh.
Setelah banjir yang dahsyat itu sampai ke kemuncaknya, maka
habislah binasa kaum Nabi Nuh yang tidak bertakwa kepadaNya. Air mulai
surut dan bertambatlah bahtera Nabi Nuh di sebuah bukit bernama Judi.
Nabi Nuh merupakan Nabi yang ketiga sesudah Nabi Adam dan Nabi
Idris. Nabi Nuh menerima wahyu ketika masa kekosongan di antara dua
Rasul di mana pada waktu itu manusia akan kembali kepada tabiat asalnya
seperti menyembah berhala dengan melupakan ajaran Nabi sebelumnya dan
melakukan amalan syirik di bawah pimpinan Iblis. Nabi Nuh muncul sebagai
Nabi kepada umatnya di saat umatnya sedang menyembah patung patung
berhala. Bagi mereka, patung patung itulah Tuhan yg mampu memberi
kebaikan kepada mereka. Melihatkan keadaan itu, Nabi Nuh berdakwah
kepada mereka supaya meninggalkan amalan terkutuk itu dan kembali
menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah swt.
Malangnya dakwah Nabi Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya
pada ketika itu. Pelbagai cara telah digunakan oleh Nabi Nuh tetapi
hanya kurang seratus orang yg benar benar mempercayai Nabi Nuh. Dan
kesemua mereka yang mempercayai kata kata Nabi Nuh itu merupakan
golongan fakir miskin dan berkedudukan rendah. Sedangkan umatnya yang
lain yang kaya raya, berkedudukan tinggi dan pangkat langsung tidak
mengendahkan dakwah Nabi Nuh malahan terus menerus menyembah patung
patung berhala mereka. Mereka turut bersekongkol untuk menggagalkan
dakwah Nabi Nuh AS.
Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja golongan kaya raya yang
tidak mempercayai Nabi Nuh, tetapi isteri dan anaknya turut sama
menentang dan memaki hamun suaminya dengan kata-kata yang yang
menyakitkan hati. Nabi Nuh AS lantas membalas ucapan isterinya itu
dengan berkata; ” takutlah kepada Allah swt dan tinggalkanlah
penyembahan berhala. Selain itu janganlah membangkitkan kemarahan anakmu
untuk ikut serta dalam kesesatan!”
Tentang hal ini , Allah berfirman;
” dan diwahyukan kepadanya (Nuh), ‘ketahuilah, tidak akan beriman
diantara kaummu, kecuali orang yang benar-benar beriman (sahaja), kerana
itu janganlah engkau bersedih hati tentang apa yang mereka perbuat.”
Harapan Nabi Nuh untuk menyedarkan umatnya semakin lama semakin berkurang. Maka berkata lagi Nabi kepada Allah swt :
“Ya Allah, janganlah engkau biarkan satu pun daripada orang
orang kafir itu tinggal di atas bumi ini. Sesungguhnya jika Engkau
biarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba hambaMu dan
mereka tidak akan melahirkan anak selain yang akan membuat perkara
maksiat lagi sangat kafir.” – Surah Nuh, ayat 26 – 27.
Dan doa baginda dikabulkan Allah swt dan mereka itu akan dikenakan
hukuman mati tenggelam. Selanjutnya Allah memerintahkan beliau membuat
kapal. Firmannya;
” Dia (Nuh) berdoa, ‘Ya Tuhanku, tolonglag aku, kerana mereka
mendustakan aku.’ Lalu Kami wahyukan kepadanya, ‘ Buatlah kapal di bawah
pengawasan dan petunjuk Kami, maka apabila perintah kami datang dan
tanur (dapur) telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam (kapal)
itu sepasang- sepasang dari setiap jenis, juga keluargamu, kecuali orang
yang lebih dahulu ditetapkan (akan ditimpa seksaan) antara mereka. Dan
janganlah engkau bicarakan dengan-Ku tentang orang yang zalim,
sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.”
(Surah Al-Mu’minun :26-27)
Setelah Nabi Nuh menerima perintah Allah untuk membina bahtera,
segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera
tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya,
Bahtera itu dibina agak jauh daripada kota dan mereka yang tidak
bertakwa. Akan tetapi meskipun Nabi cuba menyembunyikannya, masih ada
segelintir yang mengetahuinya dan telah mengejek Nabi dan pengikutnya
malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di
atas bukit.
Setelah selesai pembinaan bahtera tersebut, Nabi telah menerima
wahyu Allah untuk mengumpulkan para pengikutnya di dalam bahtera
tersebut. Allah bukan sahaja memerintahkan Nabi Nuh untuk mengumpulkan
pengikutnya, malahan haiwan dan beberapa jenis tumbuhan turut dikumpul
di dalam bahtera.
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi, air yang
sangat deras yang memenuhi setiap inci bumi tanpa sedikit pun yang tidak
terkena air kecuali bahtera yang dibina Nabi Nuh yang langsung tidak
dimasuki air. Saat itu, kesemua mereka yang tidak bertakwa sedang hanyut
dibawa air, bertarung dengan maut. Dan sekilas itu Nabi Nuh terlihat
akan putera sulungnya dan keluarganya lalu kerana rasa kasih dan cinta
terhadap keluarganya Nabi telah memanggil mereka untuk menaiki bahtera
tetapi malangnya akibat kesombongan dan hasutan Syaitan, langsung mereka
tidak endahkan ajakan Nabi Nuh.
Setelah banjir yang dahsyat itu sampai ke kemuncaknya, maka
habislah binasa kaum Nabi Nuh yang tidak bertakwa kepadaNya. Air mulai
surut dan bertambatlah bahtera Nabi Nuh di sebuah bukit bernama Judi.
http://khairazahra.wordpress.com/2012/02/12/kisah-nabi-nuh-as-dengan-bahteranya/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar